Tuesday, December 21, 2010

Sikap Penentu Segala


Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Ayat di atas adalah kata-kata seorang jutawan muda Malaysia yang kita semua kenal. Beliau adalah Irfan Khairi. Walau pun saya tidak bercita-cita menjadi Jutawan Internet namun dari kata-kata beliau di atas saya rasakan banyak yang kita boleh pelajari. 
Jika kita renung-renungkan sebenarnya pasti dalam diri kita semua teringin untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Persoalannya adakah kita telah buat keputusan yang serius untuk BERJAYA. Hanya kita sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya hati masing-masing.
Setiap hari kita selalu sahaja melihat ramai orang telah buktikan kejayaan dalam bidang masing-masing. Kita juga tahu mereka berjaya kerana mereka mahu ambil peluang yang tersedia di depan mata tanpa melengah-lengah lagi. Ramai di kalangan kita yang suka tunggu dan lihat. Tunggu orang lain berjaya dan lihat orang lain berjaya. Walaupun dalam hati ingin berjaya macam mereka tetapi kerana sikap ego dan malas dalam diri kita , selalu sahaja menghalang kita untuk terus buat keputusan dan BERTINDAK segera.
Bersempena dengan tahun baru Maal Hijrah dan Tahun baru masihi 2011 mari kita sama-sama tetapkan matlamat kita disamping ubah sikap negatif dalam diri. Mengikut apa yang dikatakan oleh Irfan Khairi "Mereka yang berjaya menanamkan sikap suka melakukan kerja yang sukar, penting dan memberikan pulangan. Sedangkan mereka yang tidak berjaya pula suka menanamkan sikap suka melakukan kerja yang mudah , tidak penting dan sentiasa untuk release stress"..

Renung-renungkanlah...
copy from : haidoctorhafiz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...